Sunday, 21 August 2011

Tomyam Ayam

Menu berbuka untuk keluarga kecilku (4 org makan) hari ni adalah tomyam ayam. Masak tomyam ayam resipi versi saya ni mudah saja. Cara memasaknya lebih kurang  sama dengan cara macam tomyam yang biasa, cuma kelainan resepi saya ni saya gabungkan serbuk tomyam putih adabi dengan pes tomyam nona. Sebelum ni saya gunakan pes tomyam nona sahaja..tetapi saya dapati ada sedikit rasa pahit kalau gunakan pes tu dalam kuantiti yang banyak. So nak kurangkan guna pes tomyan nona, tu yang saya campurkan dengan serbuk tomyam adabi.




Kalau ikut resipi saya tu hasil tomyam ayam ni bersamaan 2 pinggan di atas.


Pes yang digunakan


Bahan-bahannya:

Ayam (3 potong daripada ayam yg telah dipotong 16)
Bunga kobis
Tomato 1 biji (belah 4)
Daun limau purut 5 helai
Lobak 1 biji
Bawang besar 1 biji
Cili hijau 1 biji
Cili padi 4 biji
Serai 3 batang
Limau nipis 1 biji
Serbuk tomyam putih Adabi 1 bungkus
Pes tomyam nona 2 sudu makan
Garam dan gula secukup rasa



Cara memasak:

1.  Didihkan air lebih kurang 800 ml air
2.  Masukkan ayam (biarkan seketika)
3.  Masukkan serai
4.  Masukkan serbuk tomyam putih adabi dan pes tomyam nona (biarkan seketika)
5.  Masukkan bunga kobis, lobak, bawang besar, cili hijau dan cili padi
6.  Masukkan garam dan gula secukup rasa (biar bahan-bahan tadi mendidh selama 3 minit)
7.  Masukkan perahan air limau dan limau purut (saya guna 1 biji limau saja sebab en suami tak suka masam)
8.  Akhir sekali, agak-agak nak angkat baru masukkan tomato.


Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment