Friday 29 July 2011

Perkongsian Ilmu Hartanah

Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hartanah, saya nak kongsi bersama anda blog-blog hartanah yang telah saya baca sampai membuatkan saya jatuh hati dengan pelaburan ini. Tetapi suka saya mengingatkan anda supaya baca semua entry blog otai2 ni dari awal (dari mula dorg berblog). Bukan saja entry, termasuk komen2 entry tersebut. Sebab dalam komen2 tu pun banyak ilmu yang anda boleh dapat. Pastikan you all dah khatam baca blog dorg ni baru boleh angkat tangan tanya soalan. Kang tak pasal-pasal kena ketuk ketampi oleh tuan blog.

Terima kasih kepada tuan-tuan blog berikut Jutawan Hartanah, Abang Ensem's, mysuperkids, dan lain-lain yang ada kat side bar blog saya ni. Saya baru jer follow blog dorg awal tahun ini, huhuh...kenapa lah saya tak jumpa blog dorg ni awal-awal dulu. Sebenarnya banyak lagi blog hartanah yang  you all boleh baca, kena rajin tanya mr google la.

Selain tu, kalau nak dapatkan maklumat yang lebih tepat dan segera, boleh lah attend mana-mana seminar hartanah. Saya teringin sangat nak join seminar hartanah..tapi kebanyakan seminar dibuat pada hujung minggu (saya kena cari bibik kalau nak tinggal hero and heroin dua orang tu). Macam hari ni property & co ada buat seminar di First Bussiness Inn, KL. Berminat sangat nak attend sebab topik yang di cover semua yang saya nak tahu. Speaker pun muda-muda lagi, macam sebaya dengan saya jer (eh, terperasan muda la pulak..heheh), bukan apa mudah sket nak berinteraksi, boleh buat kengkawan. Jealous tengok dorg ni muda-muda lagi dah banyak property yang menjana pasif income dorg.

Semoga saya dapat menjejaki mereka. InsyaAllah, Amin.

Saturday 23 July 2011

Taman Paya Rumput Perdana

Saja nak share gambar rumah contoh taman paya rumput perdana. Ada yang beli rumah di sini?
Rumah di taman paya rumput perdana ni ada banyak type iaitu banglo 2 tingkat, satu setengah tingkat (5 bilik), satu setenga tingkat (6 bilik) dan banglo setingkat (4 bilik). Developer projek perumahan ni adalah GJH Avenue. Gambar di atas adalah type Diamond satu setengah tingkat. Rumah ni ada 6 bilik (bawah ada 4 bilik dan atas ada 2 bilik) dan 2 family hall (1 bawah, 1 atas). Gambar di bawah ni adalah pandangan tepi rumah.

Ok la, layan gambar dalam show house pulak..
 living and dining hall kat tingkat  bawah
 family hall tingkat atas
Saya suka rumah ni sebab kita boleh tengok/bercakap dengan orang tingkat bawah.

Friday 15 July 2011

Sri Kasih, Puncak Saujana Kajang




Few weeks ago, got this brochure from TPPT, Sri Kasih, Puncak Saujana Kajang for their first launch. I'm interested but hubby said it's quite far from work place (serdang) and will have to face traffic jam at pekan kajang. Okay..

Sunday 10 July 2011

bean curd pudding @ dadih

Aktiviti petang ni buat dadih for kids. Sekarang ni dah ada dadih premix, senang la sikit kerja. Ok la, layan pic kat bawah.




tada...dah siap!

Thursday 7 July 2011

Blogging

This blog is created as medium to gather information and author's matters of interest. Hopefully it will benefit you too.