Friday 19 August 2011

Panduan Ibu Mengandung

Sedar tak sedar hari ni dah 19 ramadhan, esok dan seterusnya adalah hari-hari sepuluh terakhir ramadhan 1433H 1432H. Semoga kita semua akan mendapat ganjaran pahala 1,000 bulan iaitu malam lailatul qadar, inshaAllah.

Kali ini saya nak kongsi sedikit panduan ringkas sebelum dan selepas bersalin kepada bakal ibu dan bapa. Panduan ni saya perolehi daripada sebuah buku yang saya pinjam daripada seorang kawan kira-kira empat tahun lepas (tajuk dan penulis dah tak ingat) dan saya tulis dalam diari. Antaranya adalah:

  1. Semasa isteri tengah struggle meneran bersalin, suami banyakkan baca istighfar, surah al Insyiqa' dan al hasyr.
  2. Bila bayi dah keluar, suami azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri (supaya anak dijauhi gangguan syaitan dalam hidupnya dan kalimah pertama didengar adalah Allah).
  3. Suami bacakan tiga kali surah al qadr di telinga kanan dan tiga kali surah al Ikhlas di telinga kiri (supaya anak selamat daripada melakukan zina dan dikuatkan iman)
  4. Tahnik. Iaitu suami baca surah al Insyirah di jari manis anak kemudian celup jari manis dalam madu, tekankan jari manis di lelangit bayi sambil bacakan ayat ke-36 surah al Imran (untuk mohon supaya anak mempunyai lidah yang fasih dan terkawal).
  5. Hari ke-tujuh selepas anak dilahirkan, beri anak nama yang baik, aqiqah dan kenduri kesyukuran - anak lelaki dua ekor kambing dan perempuan satu ekor kambing kemudian cukur rambut (untuk membuka semua liang rambut yang akan mengukuhkan penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak).
  6. Khatan untuk melindungi daripada pelbagai penyakit dan bersihkan daripada kekotoran.

Selamat bersalin! ^_^.


No comments:

Post a Comment