Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari teknik, cara atau tips untuk memotivasikan anak, saya sarankan anda dapatkan buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi.
Saya dah baca buku ni sebanyak dua kali sejak membelinya tahun lepas. Buku ini bukan sahaja mengajar teknik berhadapan dengan karenah anak-anak tetapi juga memotivasikan saya sebagai ibu untuk tidak berputus asa dalam setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak.
Antara petikan yang saya suka adalah "Jika kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia anak, rakan, mahupun orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara menyuburkan kebaikan adalah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang sudah dilakukan supaya mereka seronok mengulangi kebaikan itu. Orang yang dipuji itu tahu apa yang dibuat olehnya betul dan tidak berasa ragu-ragu bagi mengulanginya lagi."
Didalam buku ini juga diterangkan cara memuji dengan berkesan. Cara yang diceritakan amatlah berguna pada saya dan kalau boleh semua ibu bapa kena tahu juga dan kita praktikkan cara ini.
Kalau dulu saya selalu juga puji anak tetapi tak tahu pula yang pujian itu sebenarnya tidak lah bermakna atau berkesan kerana pujian yang saya berikan tidak spesifik dan kadang-kadang disulami kata-kata yang saya sangkakan positif rerupanya ..negatif.
Selamat membaca! ^_^
thanks maz.. singgah blog saya..:)
ReplyDeleteokey, your welcome. thanks too singgah sini.
ReplyDelete