Wednesday 21 December 2011

Progress Taman Paya Rumput Perdana Fasa 1

Akhirnya aku ada masa jugak nak update blog. Sori mori ye, baru ada kesempatan hari ni. Pic progress rumah Taman Paya Rumput Perdana Fasa 1 tak banyak, sebab bole tengok dari luar je..


Pic atas dan bawah ni untuk rumah dua tingkat yang dekat show house

Pada masa yang sama sebenarnya Sekolah Menengah Bertam dalam pembinaan (betul-betul sebelah taman ni) dan dah nak siap pun. Kawasan berkonkrit dalam pic kat atas tu rasanya depa punya sport court.

Ni iklan Taman Paya Rumput Perdana Fasa 2 . Harga min RM 404,000 and above HOHOHO! Tapi kalau ikutkan harga fasa 2 tak jauh beza sangat dengan fasa 1. Fasa 2 ni ada 4 type banglo berbanding Fasa 1 ada 6 type banglo. Fasa 1 ada banglo setingkat, fasa 2 takda. 

Larimar

Moonstove 

Saturday 12 November 2011

Progress Taman Paya Rumput Perdana

Tak sangka pulak saya yang mostly pengunjung blog ni datangnya dari engine carian Taman Paya Rumput Perdana. Hmmm.. kebetulan esok saya kena outstation ke Melaka, kalau ada kesempatan masa saya akan cuba dapatkan gambar progress taman tersebut.

Dah lama jugak saya tak turun Melaka Bandaraya Bersejarah ni, ada dalam 4 bulan kot,,huhuhhh. So kepada owner Taman Paya Rumput Perdana yang duduk jauh nun di perantaun tu, tunggu entry saya lepas ni erk...:))) daaaa..

Friday 28 October 2011

Puasa Zulhijjah-Kelebihan dan Ganjaran


Sempena kita sekarang berada di bulan Zulhijjah, saya nak kongsikan disini antara fadhilat bulan Zulhijjah. Puasa jangan tak puasa tau!
Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata:  Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud;
Tiada sesuatu hari yang mana orang beramal sholeh di dalamnya yang lebih disukai Allah daripada hari-hari ini(yakni permulaan Zulhijjah dari 1 hingga 10).  Sahabat bertanya:  Walaupon jihad fisabiliLlah ya Rasulullah?  Jawab Rasulullah SAW.;  Walaupun jihat fisabiliLlah kecuali seorang keluar dengan membawa semua hartanya dan tidak kembali sama sekali(yakni habis hartanya dan mati).
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya;

1 ZULHIJJAH
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah  akan dosanya

2 ZULHIJJAH
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah, barangsiapa berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.

3 ZULHIJJAH
Doa Nabi Zakaria diperkenankan Allah, barang siapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.

4 ZULHIJJAH
Nabi Isa a.s. telah dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari kiamat kelak ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.

5 ZULHIJJAH
Nabi Musa a.s. dilahirkan, barang siapa berpuasa pada hari itu terlepas ia daripada sifat munafik serta seksa kubur.

6 ZULHIJJAH
Allah membukakan pintu kebajikan kepada Nabi-NabiNya, barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih sayang serta terlepas daripada azab.

7 ZULHIJJAH
pintu neraka jahannam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.  Barang siapa berpuasa pada hari itu, dikuncikan Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.

8 ZULHIJJAH
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya Ismail.  Seharian ia berfikir apakah perintah itu datangnya dari Allah atau dari syaitan.  Hari itu telah dinamakan dengan dari “Tarwiya” (hari berfikir-fikir). Barang siapa berpuasa pada hari itu ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.

9 ZULHIJJAH
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w. yang tersebut dalam surah al-Ma’idah, ayat 3.  Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada hari Jumaat tanggal 9 Zulhijjah tahun 9 H ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat.  Pada hari itu juga Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari “Arafah” (hari tahu).  Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.

10 ZULHIJJAH
Adalah Hari Raya Aidul Adha (korban) dinamakan juga hari “Nahar” (menyembelih).  Barang siapa berkorban pada hari itu dengan seekor korban, maka setiap titisan darah yang mengalir dari leher haiwan itu akan diampuni Allah akan dosanya serta dosa ahli  keluarganya.  Barang siapa yang bersedekah dengan memberi makanan kepada fakir miskin atau satu sedekah pada hari itu, maka ia akan dibangkitkan oleh Allah pada hari kemudian dalam keadaan aman dan sentosa serta timbangan amal baiknya lebih berat daripada
Bukit Uhud yang terdapat di Madinah.

Friday 7 October 2011

TGV Birthday Surprise For Nuffnangers

Alhamdulillah,

Setelah pengumuman pemberian bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam dalam pembentangan bajet 2012 petang tadi...buka-buka email dapat pulak empat complimentary passes for any movie at TGV Cinemas outlet nationwide.

Wah! Seronoknya dapat barang free ni kan walaupun kecil je tapi amat bermakna pada diri ini yang sehingga ke hari ini rasanya dah lebih empat tahun aku tak jejak any cinemas!.

Anyway, thanks soooo much to TGV and Nuffnang MY for this gift. Mmmmuaaah :)

Sunday 2 October 2011

Rumah PR1MA Presint 11 Putrajaya

Rumah PR1MA Presint 11 Putrajaya telah dibuka untuk pendaftaran. Kepada warga Putrajaya @ pengundi berdaftar di Putrajaya sila lah buat pendaftaran. Ini merupakan tawaran yang sangat bagus kepada yang memenuhi syarat kelayakan pemilikan rumah PR1MA presint 11 Putrajaya.

Untuk semak syarat kelayakan memohon dan pendaftaran rujuk sini.

Walaupun saya bekerja di Putrajaya..tapi saya tak layak memohon.... huwa!!!!! kantoi syarat no. 3 dan no.5.

Tapi takpe, tunggu rumah pr1ma di cyberjaya pulak. Harap-harap layak la. Mengikut jadual rumah pr1ma cyberjaya akan dibuka pendaftrannya pada suku pertama tahun 2012. So rajin-rajin la semak website PR1MA.


Friday 23 September 2011

DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

 
DRINK WATER ON EMPTY STOMACH

It is popular in Japan today to drink water immedia...tely after waking up every morning. Furthermore, scientific tests have proven its value. We publish below a description of use of water for our readers. For old and serious diseases as well as modern illnesses the water treatment had been found successful by a Japanese medical society as a 100% cure for the following diseases:

Headache, body ache, heart system, arthritis, fast heart beat, epilepsy, excess fatness, bronchitis asthma, TB, meningitis, kidney and urine diseases, vomiting, gastritis, diarrhea, piles, diabetes, constipation, all eye diseases, womb, cancer and menstrual disorders, ear nose and throat diseases.
 

METHOD OF TREATMENT

1. As you wake up in the morning before brushing teeth, drink 4 x 160ml glasses of water
2. Brush and clean the mouth but do not eat or drink anything for 45 minute
3.. After 45 minutes you may eat and drink as normal.
4. After 15 minutes of breakfast, lunch and dinner do not eat or drink anything for 2 hours
5. Those who are old or sick and are unable to drink 4 glasses of water at the beginning may commence by taking little water and gradually increase it to 4 glasses per day.
6. The above method of treatment will cure diseases of the sick and others can enjoy a healthy life.
The following list gives the number of days of treatment required to cure/control/reduce main diseases:
1. High Blood Pressure (30 days)
2. Gastric (10 days)
3. Diabetes (30 days)
4. Constipation (10 days)
5. Cancer (180 days)
6. TB (90 days)
7. Arthritis patients should follow the above treatment only for 3 days in the 1st week, and from 2nd week onwards – daily..
This treatment method has no side effects, however at the commencement of treatment you may have to urinate a few times.
It is better if we continue this and make this procedure as a routine work in our life. Drink Water and Stay healthy and Active.

This makes sense .. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals ..not cold water. Maybe it is time we adopt their drinking habit while eating!!! Nothing to lose, everything to gain...

For those who like to drink cold water, this article is applicable to you.

It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion.

Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine.

Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.
A serious note about heart attacks:

· Women should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting,
· Be aware of intense pain in the jaw line.
· You may never have the first chest pain during the course of a heart attack.
· Nausea and intense sweating are also common symptoms.
· 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up.
· Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know, the better chance we could survive...

A cardiologist says if everyone who gets this mail sends it to everyone they know, you can be sure that we'll save at least one life.
Please be a true friend and send this article to all your friends you care about.

http://www.wix.com/im_possible/biodisc 
 
 
 
 

Sunday 18 September 2011

PR1MA (Program Rumah 1 Malaysia) - Macam mana nak daftar

Bertuahnya kalau dapat beli satu rumah PR1MA ni. Kalau tengok lokasi-lokasi pembinaan, nampaknya banyak yang akan dibina di sekitar putrajaya dan cyberjaya. Memang dekat sangat dengan tempat kerja. Tapi kalau tengok syarat kelayakan macam tak layak je huhuhuh.

Walaubagaimanapun masih ada persoalan tentang syarat-syarat ni antaranya;


1. Range gaji seisi rumah tidak lebih RM 6,000. Gaji ni ambil kira basic atau pendapatan kasar?

2. Mestilah rumah pertama, kalau isteri (belum pernah beli rumah) mohon tetapi suami dah ada satu rumah..layak ke?

3. Sudah ada rumah, tapi nak beli pakai government loan boleh tak?

4. Kalau dapat beli dan duduk rumah tu (contohnya di Putrajaya), selepas 5 tahun kena transfer ke negeri lain boleh tak rumah tu disewakan?


Yang pastinya pendaftaran untuk Program Rumah 1 Malaysia ni akan mula dibuka pada Januari 2012. Program ini menawarkan pembiayaan sehingga 105%! 5% untuk cover legal fee dan lain-lain fees. Tawaran yang lebih baik berbanding pinjaman perumahan kerajaan 100% pembiayaan. Free stamp duty lagi..Jadi kepada yang belum memiliki rumah inilah peluang keemasan anda!






Saturday 17 September 2011

Chicken Fox @ Cacar Air - Macam-macam petua dan tips

Alhamdulillah, anak dah semakin sembuh. Pelbagai dugaan bila anak kena chicken fox @ cacar air apatah lagi kalau mak dan bapa nya dua-dua bekerja. Macam saya dan suami kena gilir-gilir  ambil cuti untuk menjaga anak sebab anak tak boleh hantar tadika. Minggu ni dah masuk minggu ketiga anak chicken fox, masih tak boleh hantar tadika sebab belum recover sepenuhnya lagi. Nasib baik cuti ada lagi.

Biasa anak orang lain dua minggu je dah baik, tapi sebab chicken fox anak saya ni ambil masa lima hari baru pelentung (bahasa suami saya) tu nak keluar jadinya selama lima hari tu la dia demam panas. Mula-mula ingatkan demam panas biasa..rupanya itu pelentung nak keluar da..itu pun dr yang perasan itu chicken fox, saya memang perasan ada 3-4 bintil-bintil tu tapi tak tahu pulak yang tu chicken fox. Nama pun dr kan mesti la tahu..so dapat la ubat demam dan calamine lotion untuk legakan gatal.

Dah la baru je cuti raya seminggu, sambung pulak cuti jaga anak chicken fox, minta maaf la ye bos sebab asyik cuti je dua minggu ni, nak buat macam mana kami takda maid.

Sepanjang anak kena chicken fox ni, macam-macam petua dan tips yang saya dapat daripada internet, kawan-kawan pejabat mahupun keluarga. Antaranya:

  1. Kalau nak bagi pelentung tu keluar semua dengan segera, minum air kelapa. So taklah pelentung tu ambil masa nak keluar satu-satu..dari dua minggu boleh jadi seminggu je, boleh jimat cuti untuk ibu-ibu dan bapa-bapa.
  2. Yang ni kalau awal-awal dah tahu nak kena chicken fox, jangan ambil sebarang ubat sebab boleh membantutkan dan melambatkan pelentung tu nak keluar. Tu yang anak saya demam sampai lima hari baru pelentungnya keluar sebab dok bagi paracetamol kot..petua yang ni kena refer @ consult doctor la yerk..keberkesanannya dan ketepatanya saya tak pasti.
  3. Jangan menggoreng di rumah especially ikan kalau tak nak pelentung tu meletup macam kita goreng ikan kot..wallahualam ni petua orang tua saya.
  4. Jangan kena hujan, elak berparut. Ni pun petua orang tua saya.
  5. Jangan mandi @ badan kena air kalau tak nak chicken fox merebak banyak tempat. Pada saya tip ni ada kebenarannya.
  6. Nak elak gatal pelentung (selain sapu calamine lotion), ambil daun semambu sapukan pada tempat tidur. Petua ni saya tak apply sebab tak jumpa daun semambu. Feedback daripada kawan-kawan petua ni berkesan.
  7. Last but not least, petua orang tua saya juga untuk cepatkan pelentung mengecut sapukan air daun peria pada pelentung tu. Petua ni pun tak dapat nak buat sebab duduk bandar tak jumpa orang tanam sayur peria.

Ada banyak lagi kot petua lain, tapi ni adalah yang saya tahu, kalau ada lagi boleh komen kat bawah ni ye!


Monday 5 September 2011

Makanan Orang Bugis Di Pagi Raya

Kalau nak tahu gambar di bawah adalah antara makanan wajib di pagi raya bagi masyarakat bugis. Yang berbentuk petak segiempat tu di panggil buras dan yang panjang tu di panggil tumbuk. Bezanya buras dibuat daripada beras (beras makan biasa) dan tumbuk dibuat daripada beras pulut yang mana rasa dan teksturnya seakan-akan lemang.



Cara pembuatan kedua-dua makanan ni (saya ringkaskan) lebih kurang sama dimana beras dan beras pulut hendaklah direndam dalam air (kalau beras pulut kena rendam semalaman dan beras rendam dalam 4 jam pun dah ok). Kemudian dikukus sehingga separuh masak. Dalam masa yang sama  santan (yang akan ditambah kepada beras dan beras pulut) juga perlu dimasak sehingga mendidih.

Setelah beras/beras pulut separuh masak, santan akan ditambah ke dalam beras/beras pulut tadi. Akhir sekali kalau beras dibalut terus dengan daun pisang dan bagi beras pulut tadi ada lagi satu step iaitu kena dibuat bulat-bulat dan ditekan-tekan mengikut acuan. Acuan selalunya keluarga saya gunakan bekas bedak yang bulat panjang dan dikerat menjadi 3 atau empat acuan.

Setelah itu, pulut tadi akan disusun dalam 5 biji ke dalam daun pisang dan diikat dengan tali rapia.



 Ini adalah gambar makanan tersebut setelah di buang kulit daun pisang tadi.



 Antara lauk yang biasa dimakan bersama buras dan tumbuk ni adalah daging masak kari, ayam masak merah, sambal goreng dan acar. Terpulang kepada favourite keluarga masing-masing. Lagi satu masakan yang biasa adalah ayam masak lengkuas, tapi tiada dalam gambar di atas sebab kami tak buat pun..kalau buat selalu tak jadi hahaha..





Selamat Hari Raya!



Tuesday 23 August 2011

CD DVD Bahasa Arab Kanak-kanak

Saya tengah mencari cd atau dvd belajar bahasa arab untuk kanak-kanak..ada sesiapa yang boleh bagi cadangan mana nak beli? Setakat yang saya survey sehingga hari ini, ada beberapa online store yang menjualnya iaitu Islamic Parenting Network, Tokguru-dhuha dan syraj.com.

Kalau di Islamic Parenting Network, anda boleh dapatkan dvd kartun dwi bahasa arab-english (kartun dora).


source:islamic parenting network.com


Di syraj.com pula, ada pelbagai dvd bahasa arab seperti animal, shape, number, colours dan banyak lagi. Yang saya suka adalah arabic nursery rhymes.


source:syraj.com


 
Akan tetapi, syraj.com online store di USA, so harga untuk 1dvd tu kalau convert malaysia ringgit dalam RM 45 ke atas, fuuuhhh..

Dan yang latest sekarang ni album dhuha (siri menyanyi bahasa arab), banyak juga iklan untuk album ni di TV3 dan radio IKIM.fm.


Kalau anda ada info selain di atas bolehlah share kat sini ya!


Sunday 21 August 2011

Tomyam Ayam

Menu berbuka untuk keluarga kecilku (4 org makan) hari ni adalah tomyam ayam. Masak tomyam ayam resipi versi saya ni mudah saja. Cara memasaknya lebih kurang  sama dengan cara macam tomyam yang biasa, cuma kelainan resepi saya ni saya gabungkan serbuk tomyam putih adabi dengan pes tomyam nona. Sebelum ni saya gunakan pes tomyam nona sahaja..tetapi saya dapati ada sedikit rasa pahit kalau gunakan pes tu dalam kuantiti yang banyak. So nak kurangkan guna pes tomyan nona, tu yang saya campurkan dengan serbuk tomyam adabi.




Kalau ikut resipi saya tu hasil tomyam ayam ni bersamaan 2 pinggan di atas.


Pes yang digunakan


Bahan-bahannya:

Ayam (3 potong daripada ayam yg telah dipotong 16)
Bunga kobis
Tomato 1 biji (belah 4)
Daun limau purut 5 helai
Lobak 1 biji
Bawang besar 1 biji
Cili hijau 1 biji
Cili padi 4 biji
Serai 3 batang
Limau nipis 1 biji
Serbuk tomyam putih Adabi 1 bungkus
Pes tomyam nona 2 sudu makan
Garam dan gula secukup rasa



Cara memasak:

1.  Didihkan air lebih kurang 800 ml air
2.  Masukkan ayam (biarkan seketika)
3.  Masukkan serai
4.  Masukkan serbuk tomyam putih adabi dan pes tomyam nona (biarkan seketika)
5.  Masukkan bunga kobis, lobak, bawang besar, cili hijau dan cili padi
6.  Masukkan garam dan gula secukup rasa (biar bahan-bahan tadi mendidh selama 3 minit)
7.  Masukkan perahan air limau dan limau purut (saya guna 1 biji limau saja sebab en suami tak suka masam)
8.  Akhir sekali, agak-agak nak angkat baru masukkan tomato.


Selamat mencuba!

Friday 19 August 2011

Panduan Ibu Mengandung

Sedar tak sedar hari ni dah 19 ramadhan, esok dan seterusnya adalah hari-hari sepuluh terakhir ramadhan 1433H 1432H. Semoga kita semua akan mendapat ganjaran pahala 1,000 bulan iaitu malam lailatul qadar, inshaAllah.

Kali ini saya nak kongsi sedikit panduan ringkas sebelum dan selepas bersalin kepada bakal ibu dan bapa. Panduan ni saya perolehi daripada sebuah buku yang saya pinjam daripada seorang kawan kira-kira empat tahun lepas (tajuk dan penulis dah tak ingat) dan saya tulis dalam diari. Antaranya adalah:

  1. Semasa isteri tengah struggle meneran bersalin, suami banyakkan baca istighfar, surah al Insyiqa' dan al hasyr.
  2. Bila bayi dah keluar, suami azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri (supaya anak dijauhi gangguan syaitan dalam hidupnya dan kalimah pertama didengar adalah Allah).
  3. Suami bacakan tiga kali surah al qadr di telinga kanan dan tiga kali surah al Ikhlas di telinga kiri (supaya anak selamat daripada melakukan zina dan dikuatkan iman)
  4. Tahnik. Iaitu suami baca surah al Insyirah di jari manis anak kemudian celup jari manis dalam madu, tekankan jari manis di lelangit bayi sambil bacakan ayat ke-36 surah al Imran (untuk mohon supaya anak mempunyai lidah yang fasih dan terkawal).
  5. Hari ke-tujuh selepas anak dilahirkan, beri anak nama yang baik, aqiqah dan kenduri kesyukuran - anak lelaki dua ekor kambing dan perempuan satu ekor kambing kemudian cukur rambut (untuk membuka semua liang rambut yang akan mengukuhkan penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak).
  6. Khatan untuk melindungi daripada pelbagai penyakit dan bersihkan daripada kekotoran.

Selamat bersalin! ^_^.


Sunday 14 August 2011

Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari teknik, cara atau tips untuk memotivasikan anak, saya sarankan anda dapatkan buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi.




Saya dah baca buku ni sebanyak dua kali sejak membelinya tahun lepas. Buku ini bukan sahaja mengajar teknik berhadapan dengan karenah anak-anak tetapi juga memotivasikan saya sebagai ibu untuk tidak berputus asa dalam setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak.

Antara petikan yang saya suka adalah "Jika kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia anak, rakan, mahupun orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara menyuburkan kebaikan adalah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang sudah dilakukan supaya mereka seronok mengulangi kebaikan itu. Orang yang dipuji itu tahu apa yang dibuat olehnya betul dan tidak berasa ragu-ragu bagi mengulanginya lagi."

Didalam buku ini juga diterangkan cara memuji dengan berkesan. Cara yang diceritakan amatlah berguna  pada saya dan kalau boleh semua ibu bapa kena tahu juga dan kita praktikkan cara ini. 

Kalau dulu saya selalu juga puji anak tetapi tak tahu pula yang pujian itu sebenarnya tidak lah bermakna atau berkesan kerana pujian yang saya berikan tidak spesifik dan kadang-kadang disulami kata-kata yang saya sangkakan positif rerupanya ..negatif.

Selamat membaca! ^_^

Tuesday 9 August 2011

Allah The Most Creator

Just found this thought (from one of youtube commentator on Bahtera Nabi Nuh, sorry can't remember his nickname) : 


"We cannot see God because God did not provide us with the senses to ‘see’ Him. As an analogy, let say I have created a car. Is the car able to see me? The car cannot see me because I did not create the car with the ability to see me. Just because the car cannot see me does that mean I do not exist?"





Subhanallah, Allah the most creator.


Saturday 6 August 2011

Wuduk Sambil Berdoa

Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti berikut:
  • Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
  • Ketika membasuh muka, berniatlah: "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku  di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini."
  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: "Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini."
  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: "Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."
  • Ketika membasuh kepala, berniatlah: "Ya Allah, lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."
  • Ketika membasuh telinga, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini."
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."
  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat...."
Note: source from iluvislam

Friday 5 August 2011

Makan Gaji Tetapi Kaya

Sedang baca buku-buku ini..Buat Duit Dengan Rumah dan Makan Gaji Tetapi Kaya (thanks to AE coz ada mention buku ni dalam blog beliau).

Hmm.. kenapa la aku tak jumpa buku-buku seumapama  ni 6 tahun lepas, masa memula aku kerja dulu, masa tu pun harga rumah masih murah lagi, huhuh. Takpa la..at least aku belum terlambat untuk membuat pelaburan dan yang paling penting mengurus kewangan ku yang tunggang langgang sekarang ni. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Aku bersyukur sangat kerana telah sedar akan kepentingan menjaga aliran keluar masuk duit gaji yang aku dapat setiap bulan. Aku akan susun semula kewanganku, set matlamat dan atur strategi. Semoga aku berjaya mencapai matlamat bebas kewangan seperti orang lain yang telah berjaya.

Kepada para pemakan gaji di luar sana yang rasa-rasa momentum dah lemau (feel down), saya sarankan anda baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya tulisan tuan Shamsudin Kadir. Banyak perkara yang selalu kita anggap remeh tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada diri kita sendiri jika kita mengetahuinya.

Buku Buat Duit Dengan Rumah  pula amat sesuai sekiranya anda have no idea apa itu pelaburan hartanah dan ada cita-cita nak jadi tuan rumah dengan menjana passive income.

Monday 1 August 2011

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW A-Z Untuk Kanak-kanak




1 hb Ogos 2011 genap 2 tahun usia anak lelaki saya Muhammad Hasif . Selamat Hari Lahir sayang. Kalau lihat pada kek harijadi di atas tu ada 5 lilinnya..nak buat macam mana si kakak pun nak join sekali. Siap dia yang pilih kek mana nak beli (mula-mula letak gambar kek yang ada lilin, dah remove).

Sempena hari lahir Hasif  yang ke-2 tahun ni, saya ada beli buku bertajuk Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW A-Z Untuk Kanak-kanak terbitan Syabab. Dengan harapan saya dapat membacakan buku ini kepada mereka. Disamping itu, saya pun sebenarnya nak refresh kan minda saya ni..dah banyak rasanya yang saya tak ingat berkaitan kisah-kisah dan sejarah Nabi SAW even kisah yang simple-simple pun banyak saya dah tak ingat.

Ini antara isi kandungan buku tersebut..




Zakat dan haji pun ada disentuh untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak. Kalau anda berminat, MPH sekarang ni tengah ada promosi Memperkasakan buku-buku bahasa melayu disamping beramal sempena bulan puasa ni, hanya perlu membeli Kad Mutiara Minda berharga RM 10 dan anda akan dapat 10% diskaun pembelian buku di mph. Promosi sehingga 30 september 2011. Selain itu, ada juga buku tertentu yang anda boleh dapat diskaun sebanyak 20%. Heheh.. siap tolong mph buat promosi lagi ^_^.

Friday 29 July 2011

Perkongsian Ilmu Hartanah

Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hartanah, saya nak kongsi bersama anda blog-blog hartanah yang telah saya baca sampai membuatkan saya jatuh hati dengan pelaburan ini. Tetapi suka saya mengingatkan anda supaya baca semua entry blog otai2 ni dari awal (dari mula dorg berblog). Bukan saja entry, termasuk komen2 entry tersebut. Sebab dalam komen2 tu pun banyak ilmu yang anda boleh dapat. Pastikan you all dah khatam baca blog dorg ni baru boleh angkat tangan tanya soalan. Kang tak pasal-pasal kena ketuk ketampi oleh tuan blog.

Terima kasih kepada tuan-tuan blog berikut Jutawan Hartanah, Abang Ensem's, mysuperkids, dan lain-lain yang ada kat side bar blog saya ni. Saya baru jer follow blog dorg awal tahun ini, huhuh...kenapa lah saya tak jumpa blog dorg ni awal-awal dulu. Sebenarnya banyak lagi blog hartanah yang  you all boleh baca, kena rajin tanya mr google la.

Selain tu, kalau nak dapatkan maklumat yang lebih tepat dan segera, boleh lah attend mana-mana seminar hartanah. Saya teringin sangat nak join seminar hartanah..tapi kebanyakan seminar dibuat pada hujung minggu (saya kena cari bibik kalau nak tinggal hero and heroin dua orang tu). Macam hari ni property & co ada buat seminar di First Bussiness Inn, KL. Berminat sangat nak attend sebab topik yang di cover semua yang saya nak tahu. Speaker pun muda-muda lagi, macam sebaya dengan saya jer (eh, terperasan muda la pulak..heheh), bukan apa mudah sket nak berinteraksi, boleh buat kengkawan. Jealous tengok dorg ni muda-muda lagi dah banyak property yang menjana pasif income dorg.

Semoga saya dapat menjejaki mereka. InsyaAllah, Amin.

Saturday 23 July 2011

Taman Paya Rumput Perdana

Saja nak share gambar rumah contoh taman paya rumput perdana. Ada yang beli rumah di sini?
Rumah di taman paya rumput perdana ni ada banyak type iaitu banglo 2 tingkat, satu setengah tingkat (5 bilik), satu setenga tingkat (6 bilik) dan banglo setingkat (4 bilik). Developer projek perumahan ni adalah GJH Avenue. Gambar di atas adalah type Diamond satu setengah tingkat. Rumah ni ada 6 bilik (bawah ada 4 bilik dan atas ada 2 bilik) dan 2 family hall (1 bawah, 1 atas). Gambar di bawah ni adalah pandangan tepi rumah.

Ok la, layan gambar dalam show house pulak..
 living and dining hall kat tingkat  bawah
 family hall tingkat atas
Saya suka rumah ni sebab kita boleh tengok/bercakap dengan orang tingkat bawah.

Friday 15 July 2011

Sri Kasih, Puncak Saujana Kajang




Few weeks ago, got this brochure from TPPT, Sri Kasih, Puncak Saujana Kajang for their first launch. I'm interested but hubby said it's quite far from work place (serdang) and will have to face traffic jam at pekan kajang. Okay..

Sunday 10 July 2011

bean curd pudding @ dadih

Aktiviti petang ni buat dadih for kids. Sekarang ni dah ada dadih premix, senang la sikit kerja. Ok la, layan pic kat bawah.




tada...dah siap!

Thursday 7 July 2011

Blogging

This blog is created as medium to gather information and author's matters of interest. Hopefully it will benefit you too.