Monday 1 August 2011

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW A-Z Untuk Kanak-kanak




1 hb Ogos 2011 genap 2 tahun usia anak lelaki saya Muhammad Hasif . Selamat Hari Lahir sayang. Kalau lihat pada kek harijadi di atas tu ada 5 lilinnya..nak buat macam mana si kakak pun nak join sekali. Siap dia yang pilih kek mana nak beli (mula-mula letak gambar kek yang ada lilin, dah remove).

Sempena hari lahir Hasif  yang ke-2 tahun ni, saya ada beli buku bertajuk Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW A-Z Untuk Kanak-kanak terbitan Syabab. Dengan harapan saya dapat membacakan buku ini kepada mereka. Disamping itu, saya pun sebenarnya nak refresh kan minda saya ni..dah banyak rasanya yang saya tak ingat berkaitan kisah-kisah dan sejarah Nabi SAW even kisah yang simple-simple pun banyak saya dah tak ingat.

Ini antara isi kandungan buku tersebut..




Zakat dan haji pun ada disentuh untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak. Kalau anda berminat, MPH sekarang ni tengah ada promosi Memperkasakan buku-buku bahasa melayu disamping beramal sempena bulan puasa ni, hanya perlu membeli Kad Mutiara Minda berharga RM 10 dan anda akan dapat 10% diskaun pembelian buku di mph. Promosi sehingga 30 september 2011. Selain itu, ada juga buku tertentu yang anda boleh dapat diskaun sebanyak 20%. Heheh.. siap tolong mph buat promosi lagi ^_^.

No comments:

Post a Comment