Tuesday 23 August 2011

CD DVD Bahasa Arab Kanak-kanak

Saya tengah mencari cd atau dvd belajar bahasa arab untuk kanak-kanak..ada sesiapa yang boleh bagi cadangan mana nak beli? Setakat yang saya survey sehingga hari ini, ada beberapa online store yang menjualnya iaitu Islamic Parenting Network, Tokguru-dhuha dan syraj.com.

Kalau di Islamic Parenting Network, anda boleh dapatkan dvd kartun dwi bahasa arab-english (kartun dora).


source:islamic parenting network.com


Di syraj.com pula, ada pelbagai dvd bahasa arab seperti animal, shape, number, colours dan banyak lagi. Yang saya suka adalah arabic nursery rhymes.


source:syraj.com


 
Akan tetapi, syraj.com online store di USA, so harga untuk 1dvd tu kalau convert malaysia ringgit dalam RM 45 ke atas, fuuuhhh..

Dan yang latest sekarang ni album dhuha (siri menyanyi bahasa arab), banyak juga iklan untuk album ni di TV3 dan radio IKIM.fm.


Kalau anda ada info selain di atas bolehlah share kat sini ya!


Sunday 21 August 2011

Tomyam Ayam

Menu berbuka untuk keluarga kecilku (4 org makan) hari ni adalah tomyam ayam. Masak tomyam ayam resipi versi saya ni mudah saja. Cara memasaknya lebih kurang  sama dengan cara macam tomyam yang biasa, cuma kelainan resepi saya ni saya gabungkan serbuk tomyam putih adabi dengan pes tomyam nona. Sebelum ni saya gunakan pes tomyam nona sahaja..tetapi saya dapati ada sedikit rasa pahit kalau gunakan pes tu dalam kuantiti yang banyak. So nak kurangkan guna pes tomyan nona, tu yang saya campurkan dengan serbuk tomyam adabi.




Kalau ikut resipi saya tu hasil tomyam ayam ni bersamaan 2 pinggan di atas.


Pes yang digunakan


Bahan-bahannya:

Ayam (3 potong daripada ayam yg telah dipotong 16)
Bunga kobis
Tomato 1 biji (belah 4)
Daun limau purut 5 helai
Lobak 1 biji
Bawang besar 1 biji
Cili hijau 1 biji
Cili padi 4 biji
Serai 3 batang
Limau nipis 1 biji
Serbuk tomyam putih Adabi 1 bungkus
Pes tomyam nona 2 sudu makan
Garam dan gula secukup rasa



Cara memasak:

1.  Didihkan air lebih kurang 800 ml air
2.  Masukkan ayam (biarkan seketika)
3.  Masukkan serai
4.  Masukkan serbuk tomyam putih adabi dan pes tomyam nona (biarkan seketika)
5.  Masukkan bunga kobis, lobak, bawang besar, cili hijau dan cili padi
6.  Masukkan garam dan gula secukup rasa (biar bahan-bahan tadi mendidh selama 3 minit)
7.  Masukkan perahan air limau dan limau purut (saya guna 1 biji limau saja sebab en suami tak suka masam)
8.  Akhir sekali, agak-agak nak angkat baru masukkan tomato.


Selamat mencuba!

Friday 19 August 2011

Panduan Ibu Mengandung

Sedar tak sedar hari ni dah 19 ramadhan, esok dan seterusnya adalah hari-hari sepuluh terakhir ramadhan 1433H 1432H. Semoga kita semua akan mendapat ganjaran pahala 1,000 bulan iaitu malam lailatul qadar, inshaAllah.

Kali ini saya nak kongsi sedikit panduan ringkas sebelum dan selepas bersalin kepada bakal ibu dan bapa. Panduan ni saya perolehi daripada sebuah buku yang saya pinjam daripada seorang kawan kira-kira empat tahun lepas (tajuk dan penulis dah tak ingat) dan saya tulis dalam diari. Antaranya adalah:

  1. Semasa isteri tengah struggle meneran bersalin, suami banyakkan baca istighfar, surah al Insyiqa' dan al hasyr.
  2. Bila bayi dah keluar, suami azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri (supaya anak dijauhi gangguan syaitan dalam hidupnya dan kalimah pertama didengar adalah Allah).
  3. Suami bacakan tiga kali surah al qadr di telinga kanan dan tiga kali surah al Ikhlas di telinga kiri (supaya anak selamat daripada melakukan zina dan dikuatkan iman)
  4. Tahnik. Iaitu suami baca surah al Insyirah di jari manis anak kemudian celup jari manis dalam madu, tekankan jari manis di lelangit bayi sambil bacakan ayat ke-36 surah al Imran (untuk mohon supaya anak mempunyai lidah yang fasih dan terkawal).
  5. Hari ke-tujuh selepas anak dilahirkan, beri anak nama yang baik, aqiqah dan kenduri kesyukuran - anak lelaki dua ekor kambing dan perempuan satu ekor kambing kemudian cukur rambut (untuk membuka semua liang rambut yang akan mengukuhkan penglihatan, pernafasan dan pendengaran anak).
  6. Khatan untuk melindungi daripada pelbagai penyakit dan bersihkan daripada kekotoran.

Selamat bersalin! ^_^.


Sunday 14 August 2011

Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif

Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari teknik, cara atau tips untuk memotivasikan anak, saya sarankan anda dapatkan buku Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif tulisan pakar motivasi terkenal Dr. Tengku Asmadi.




Saya dah baca buku ni sebanyak dua kali sejak membelinya tahun lepas. Buku ini bukan sahaja mengajar teknik berhadapan dengan karenah anak-anak tetapi juga memotivasikan saya sebagai ibu untuk tidak berputus asa dalam setiap permasalahan yang ditimbulkan oleh anak.

Antara petikan yang saya suka adalah "Jika kita mahu lahirkan seorang insan cemerlang sama ada dia anak, rakan, mahupun orang bawahan maka kita perlu suburkan kebaikan dalam diri mereka. Salah satu cara menyuburkan kebaikan adalah dengan memuji kebaikan-kebaikan yang sudah dilakukan supaya mereka seronok mengulangi kebaikan itu. Orang yang dipuji itu tahu apa yang dibuat olehnya betul dan tidak berasa ragu-ragu bagi mengulanginya lagi."

Didalam buku ini juga diterangkan cara memuji dengan berkesan. Cara yang diceritakan amatlah berguna  pada saya dan kalau boleh semua ibu bapa kena tahu juga dan kita praktikkan cara ini. 

Kalau dulu saya selalu juga puji anak tetapi tak tahu pula yang pujian itu sebenarnya tidak lah bermakna atau berkesan kerana pujian yang saya berikan tidak spesifik dan kadang-kadang disulami kata-kata yang saya sangkakan positif rerupanya ..negatif.

Selamat membaca! ^_^

Tuesday 9 August 2011

Allah The Most Creator

Just found this thought (from one of youtube commentator on Bahtera Nabi Nuh, sorry can't remember his nickname) : 


"We cannot see God because God did not provide us with the senses to ‘see’ Him. As an analogy, let say I have created a car. Is the car able to see me? The car cannot see me because I did not create the car with the ability to see me. Just because the car cannot see me does that mean I do not exist?"





Subhanallah, Allah the most creator.


Saturday 6 August 2011

Wuduk Sambil Berdoa

Ketika berwuduk diharuskan membaca doa tertentu seperti berikut:
  • Ketika berkumur, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini."
  • Ketika membasuh muka, berniatlah: "Ya Allah, putihkanlah (berikanlah cahaya) pada mukaku  di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan mukaku ini."
  • Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah: "Ya Allah, berikanlah buku hisabku di tangan kananku ini."
  • Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah: "Ya Allah, janganlah Kau berikan buku hisabku di tangan kiriku ini."
  • Ketika membasuh kepala, berniatlah: "Ya Allah, lindunglah aku daripada terik matahari di padang Mahsyar dengan ArasyMu."
  • Ketika membasuh telinga, berniatlah: "Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini."
  • Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah: "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqim."
  • Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah: "Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid, surau dan bukan tempat maksiat...."
Note: source from iluvislam

Friday 5 August 2011

Makan Gaji Tetapi Kaya

Sedang baca buku-buku ini..Buat Duit Dengan Rumah dan Makan Gaji Tetapi Kaya (thanks to AE coz ada mention buku ni dalam blog beliau).

Hmm.. kenapa la aku tak jumpa buku-buku seumapama  ni 6 tahun lepas, masa memula aku kerja dulu, masa tu pun harga rumah masih murah lagi, huhuh. Takpa la..at least aku belum terlambat untuk membuat pelaburan dan yang paling penting mengurus kewangan ku yang tunggang langgang sekarang ni. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Aku bersyukur sangat kerana telah sedar akan kepentingan menjaga aliran keluar masuk duit gaji yang aku dapat setiap bulan. Aku akan susun semula kewanganku, set matlamat dan atur strategi. Semoga aku berjaya mencapai matlamat bebas kewangan seperti orang lain yang telah berjaya.

Kepada para pemakan gaji di luar sana yang rasa-rasa momentum dah lemau (feel down), saya sarankan anda baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya tulisan tuan Shamsudin Kadir. Banyak perkara yang selalu kita anggap remeh tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada diri kita sendiri jika kita mengetahuinya.

Buku Buat Duit Dengan Rumah  pula amat sesuai sekiranya anda have no idea apa itu pelaburan hartanah dan ada cita-cita nak jadi tuan rumah dengan menjana passive income.

Monday 1 August 2011

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW A-Z Untuk Kanak-kanak




1 hb Ogos 2011 genap 2 tahun usia anak lelaki saya Muhammad Hasif . Selamat Hari Lahir sayang. Kalau lihat pada kek harijadi di atas tu ada 5 lilinnya..nak buat macam mana si kakak pun nak join sekali. Siap dia yang pilih kek mana nak beli (mula-mula letak gambar kek yang ada lilin, dah remove).

Sempena hari lahir Hasif  yang ke-2 tahun ni, saya ada beli buku bertajuk Kisah Kehidupan Nabi Muhammad SAW A-Z Untuk Kanak-kanak terbitan Syabab. Dengan harapan saya dapat membacakan buku ini kepada mereka. Disamping itu, saya pun sebenarnya nak refresh kan minda saya ni..dah banyak rasanya yang saya tak ingat berkaitan kisah-kisah dan sejarah Nabi SAW even kisah yang simple-simple pun banyak saya dah tak ingat.

Ini antara isi kandungan buku tersebut..




Zakat dan haji pun ada disentuh untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak. Kalau anda berminat, MPH sekarang ni tengah ada promosi Memperkasakan buku-buku bahasa melayu disamping beramal sempena bulan puasa ni, hanya perlu membeli Kad Mutiara Minda berharga RM 10 dan anda akan dapat 10% diskaun pembelian buku di mph. Promosi sehingga 30 september 2011. Selain itu, ada juga buku tertentu yang anda boleh dapat diskaun sebanyak 20%. Heheh.. siap tolong mph buat promosi lagi ^_^.