Sedang baca buku-buku ini..Buat Duit Dengan Rumah dan Makan Gaji Tetapi Kaya (thanks to AE coz ada mention buku ni dalam blog beliau).
Hmm.. kenapa la aku tak jumpa buku-buku seumapama ni 6 tahun lepas, masa memula aku kerja dulu, masa tu pun harga rumah masih murah lagi, huhuh. Takpa la..at least aku belum terlambat untuk membuat pelaburan dan yang paling penting mengurus kewangan ku yang tunggang langgang sekarang ni. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Aku bersyukur sangat kerana telah sedar akan kepentingan menjaga aliran keluar masuk duit gaji yang aku dapat setiap bulan. Aku akan susun semula kewanganku, set matlamat dan atur strategi. Semoga aku berjaya mencapai matlamat bebas kewangan seperti orang lain yang telah berjaya.
Kepada para pemakan gaji di luar sana yang rasa-rasa momentum dah lemau (feel down), saya sarankan anda baca buku Makan Gaji Tetapi Kaya tulisan tuan Shamsudin Kadir. Banyak perkara yang selalu kita anggap remeh tetapi sebenarnya memberi impak yang besar kepada diri kita sendiri jika kita mengetahuinya.
Buku Buat Duit Dengan Rumah pula amat sesuai sekiranya anda have no idea apa itu pelaburan hartanah dan ada cita-cita nak jadi tuan rumah dengan menjana passive income.
No comments:
Post a Comment