Sunday, 18 September 2011

PR1MA (Program Rumah 1 Malaysia) - Macam mana nak daftar

Bertuahnya kalau dapat beli satu rumah PR1MA ni. Kalau tengok lokasi-lokasi pembinaan, nampaknya banyak yang akan dibina di sekitar putrajaya dan cyberjaya. Memang dekat sangat dengan tempat kerja. Tapi kalau tengok syarat kelayakan macam tak layak je huhuhuh.

Walaubagaimanapun masih ada persoalan tentang syarat-syarat ni antaranya;


1. Range gaji seisi rumah tidak lebih RM 6,000. Gaji ni ambil kira basic atau pendapatan kasar?

2. Mestilah rumah pertama, kalau isteri (belum pernah beli rumah) mohon tetapi suami dah ada satu rumah..layak ke?

3. Sudah ada rumah, tapi nak beli pakai government loan boleh tak?

4. Kalau dapat beli dan duduk rumah tu (contohnya di Putrajaya), selepas 5 tahun kena transfer ke negeri lain boleh tak rumah tu disewakan?


Yang pastinya pendaftaran untuk Program Rumah 1 Malaysia ni akan mula dibuka pada Januari 2012. Program ini menawarkan pembiayaan sehingga 105%! 5% untuk cover legal fee dan lain-lain fees. Tawaran yang lebih baik berbanding pinjaman perumahan kerajaan 100% pembiayaan. Free stamp duty lagi..Jadi kepada yang belum memiliki rumah inilah peluang keemasan anda!






No comments:

Post a Comment