Saturday 17 September 2011

Chicken Fox @ Cacar Air - Macam-macam petua dan tips

Alhamdulillah, anak dah semakin sembuh. Pelbagai dugaan bila anak kena chicken fox @ cacar air apatah lagi kalau mak dan bapa nya dua-dua bekerja. Macam saya dan suami kena gilir-gilir  ambil cuti untuk menjaga anak sebab anak tak boleh hantar tadika. Minggu ni dah masuk minggu ketiga anak chicken fox, masih tak boleh hantar tadika sebab belum recover sepenuhnya lagi. Nasib baik cuti ada lagi.

Biasa anak orang lain dua minggu je dah baik, tapi sebab chicken fox anak saya ni ambil masa lima hari baru pelentung (bahasa suami saya) tu nak keluar jadinya selama lima hari tu la dia demam panas. Mula-mula ingatkan demam panas biasa..rupanya itu pelentung nak keluar da..itu pun dr yang perasan itu chicken fox, saya memang perasan ada 3-4 bintil-bintil tu tapi tak tahu pulak yang tu chicken fox. Nama pun dr kan mesti la tahu..so dapat la ubat demam dan calamine lotion untuk legakan gatal.

Dah la baru je cuti raya seminggu, sambung pulak cuti jaga anak chicken fox, minta maaf la ye bos sebab asyik cuti je dua minggu ni, nak buat macam mana kami takda maid.

Sepanjang anak kena chicken fox ni, macam-macam petua dan tips yang saya dapat daripada internet, kawan-kawan pejabat mahupun keluarga. Antaranya:

  1. Kalau nak bagi pelentung tu keluar semua dengan segera, minum air kelapa. So taklah pelentung tu ambil masa nak keluar satu-satu..dari dua minggu boleh jadi seminggu je, boleh jimat cuti untuk ibu-ibu dan bapa-bapa.
  2. Yang ni kalau awal-awal dah tahu nak kena chicken fox, jangan ambil sebarang ubat sebab boleh membantutkan dan melambatkan pelentung tu nak keluar. Tu yang anak saya demam sampai lima hari baru pelentungnya keluar sebab dok bagi paracetamol kot..petua yang ni kena refer @ consult doctor la yerk..keberkesanannya dan ketepatanya saya tak pasti.
  3. Jangan menggoreng di rumah especially ikan kalau tak nak pelentung tu meletup macam kita goreng ikan kot..wallahualam ni petua orang tua saya.
  4. Jangan kena hujan, elak berparut. Ni pun petua orang tua saya.
  5. Jangan mandi @ badan kena air kalau tak nak chicken fox merebak banyak tempat. Pada saya tip ni ada kebenarannya.
  6. Nak elak gatal pelentung (selain sapu calamine lotion), ambil daun semambu sapukan pada tempat tidur. Petua ni saya tak apply sebab tak jumpa daun semambu. Feedback daripada kawan-kawan petua ni berkesan.
  7. Last but not least, petua orang tua saya juga untuk cepatkan pelentung mengecut sapukan air daun peria pada pelentung tu. Petua ni pun tak dapat nak buat sebab duduk bandar tak jumpa orang tanam sayur peria.

Ada banyak lagi kot petua lain, tapi ni adalah yang saya tahu, kalau ada lagi boleh komen kat bawah ni ye!


1 comment:

  1. ada tambahan petua br dpt td, campurkan serbuk kayu manis dengan putih telur then oles pada bintil chichen fox yang kerupingnya dah tanggal- untuk mengelakkan parut

    ReplyDelete