Kalau nak tahu gambar di bawah adalah antara makanan wajib di pagi raya bagi masyarakat bugis. Yang berbentuk petak segiempat tu di panggil buras dan yang panjang tu di panggil tumbuk. Bezanya buras dibuat daripada beras (beras makan biasa) dan tumbuk dibuat daripada beras pulut yang mana rasa dan teksturnya seakan-akan lemang.
Cara pembuatan kedua-dua makanan ni (saya ringkaskan) lebih kurang sama dimana beras dan beras pulut hendaklah direndam dalam air (kalau beras pulut kena rendam semalaman dan beras rendam dalam 4 jam pun dah ok). Kemudian dikukus sehingga separuh masak. Dalam masa yang sama santan (yang akan ditambah kepada beras dan beras pulut) juga perlu dimasak sehingga mendidih.
Setelah beras/beras pulut separuh masak, santan akan ditambah ke dalam beras/beras pulut tadi. Akhir sekali kalau beras dibalut terus dengan daun pisang dan bagi beras pulut tadi ada lagi satu step iaitu kena dibuat bulat-bulat dan ditekan-tekan mengikut acuan. Acuan selalunya keluarga saya gunakan bekas bedak yang bulat panjang dan dikerat menjadi 3 atau empat acuan.
Setelah itu, pulut tadi akan disusun dalam 5 biji ke dalam daun pisang dan diikat dengan tali rapia.
Ini adalah gambar makanan tersebut setelah di buang kulit daun pisang tadi.
Antara lauk yang biasa dimakan bersama buras dan tumbuk ni adalah daging masak kari, ayam masak merah, sambal goreng dan acar. Terpulang kepada favourite keluarga masing-masing. Lagi satu masakan yang biasa adalah ayam masak lengkuas, tapi tiada dalam gambar di atas sebab kami tak buat pun..kalau buat selalu tak jadi hahaha..
Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment