Sunday, 15 January 2012

Makan Ikan Besar

Hari ni nak share sedikit info mengenai pemakanan.

Jumaat lepas ada food testing untuk memilih pembekal makanan. Ketua panel adalah seorang chef yang telah banyak pengalaman dalam dunia makanan ni..pernah bekerja merata tempat. Banyak sangat info berguna yang telah beliau curahkan kepada kami walaupun kalau ikutkan dia tak perlu beri taklimat pemakanan, hanya judge makanan.

Ada beberapa perkara menarik yang dikongsi, dan saya rasa masih ramai orang kita tidak tahu termasuklah aku. Salah satunya, negara-negara maju sekarang ni telah menggalakkan rakyat negara mereka makan ikan besar bukan ikan kecil especially ikan bilis. Sebab setelah mereka jalankan beberapa kajian menunjukkan kebanyakan ikan kecil mengandungi racun! 

Ikan kecil adalah makanan kepada ikan besar, jadi mereka tidak dibenarkan menangkap ikan kecil. pukat-pukat di negara mereka sekarang ni pun telah dipantau oleh pihak berkuasa yang mana ada saiz tertentu untuk lubang pukat. Tidak boleh kecil. Tapi sebaliknya di negara kita. Saiz pukat kalau boleh lagi kecil lagi bagus boleh kaut semua yang ada dalam laut tu. Mentality negara maju lain..maybe sebab education dan kajian-kajian yang telah mereka jalankan.

Pada aku benda ni memang ada kebenarannya. Ikan kecil biasanya berada di kawasan cetek laut, dimana biasanya disitulah banyaknya alga-alga dan plankton makanan kepada ikan-ikan kecil. Sebagai contoh kalau berlaku tumpahan minyak, lama-kelamaan minyak akan terdampar di tepi lautan, begitu juga sampah. Kalau kita makan ikan-ikan ni..potensi kita mendapat penyakit tinggi..Tapi kalau ikan besar, mereka makan ikan-ikan kecil ni..secara tidak langsung perut ikan besar telah menapis segala bahan-bahan pencemaran ni. So disitulah rasionalnya adalah lebih baik makan makan ikan besar dari makan ikan kecil. Biasa tak makan ikan bilis bersama perut dan kepalanya sekali? huhuhuhhhh...dari kecil saya dah biasa makan.

Ikan besar mahal! Memang mahal..tapi nak buat macam mana itu adalah faktanya, terpulang pada pririty masing-masing. Saya sekadar berkongsi maklumat :))))

No comments:

Post a Comment