Monday, 2 January 2012

Ajar Anak Bahasa Arab dan Bahasa Jepun

Selamat Tahun Baru 2012!

Hmmm..sedar tak sedar kini kita dah memasuki tahun 2012, maka meningakat setahun lagi usia kita. Sudah pasti pada awal tahun ni, ramai yang akan memasang azam tahun 2012 yang perlu dicapai.

Memasang azam ni sangat bagus..kerana secara tidak langsung kita ada matlamat. Bila hidup kita bermatlamat, ishaAllah dalam apa jua tindakan dan keputusan yang kita buat berorientasikan matlamat tersebut. Saya suka tukar perkataan azam tahun 2012 ni kepada Sasaran Kerja Tahun 2012 (SKT). Kalau siapa yang kerja gomen mesti dah familiar apa SKT ni. So, saya ada SKT untuk kerjaya saya dan juga SKT untuk kehidupan saya.

Bila kita tukar term azam tahun 2012 kepada SKT tahun 2012 secara tidak langsung bila kita review SKT kerjaya kita, kita juga akan review SKT kehidupan kita. Harap-harap begitulah ye..

Sama seperti orang lain saya juga mempunyai matlamat. Matlamat saya ada dua iaitu jangka masa pendek (kurang dari 5 tahun) dan jangka masa panjang (berterusan).

Disini saya nak kongsi SKT saya untuk anak-anak bermula pada tahun 2012 ni. Tahun ni saya nak mula beri pendedahan bahasa arab dan juga bahasa jepun kepada mereka.




Buat masa ni saya banyak perdengarkan kepada dorg nyanyian bahasa arab dan bahasa jepun melalui youtube.    

Saya ada buat carian dalam internet cd dan vcd kartun bahasa arab dan jepun untuk kanak-kanak. Setakat ni vcd untuk bahasa arab saya dah jumpa di sini dan kalau nak belajar melalui youtube boleh type syraj.com.   

syraj.com memang mengeluarkan vcd bahasa arab. Malang sekali company ni tak supply ke Malaysia. Kalau ada rakan-rakan pembaca blog ni yang duduk di Syria atau ada kengkawan di sana, saya nak minta tolong belikan. Anak-anak saya memang suka kalau buka youtube syraj.com ni. 

Untuk bahasa jepun saya tak jumpa lagi. Kalau anda tahu mana-mana cd atau vcd kanak-kanak bahasa jepun jangan lupa tinggalkan komen ya. Kalau bole yang ada translate bahasa inggeris lagi bagus. 

So far saya belajar sikit-sikit berkenaan bahasa jepun melalui blog ni. Just untuk faham background bahasa jepun. Ianya penting juga untuk mengetahui asal usul bahasa jepun ni bagi memudahkan kita menguasainya. 

At least saya tahu juga bahasa ni kan..kalau saya juga tahu bahasa ni mudah saya nak mengajar mereka dan supaya mereka cepat menguasai bahasa arab dan bahasa jepun ni.

Kenapa saya pilih bahasa arab dan bahasa jepun untuk anak-anak saya? Saya akan share dalam entry yang lain ya.


See ya!


No comments:

Post a Comment