Kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan hartanah, saya nak kongsi bersama anda blog-blog hartanah yang telah saya baca sampai membuatkan saya jatuh hati dengan pelaburan ini. Tetapi suka saya mengingatkan anda supaya baca semua entry blog otai2 ni dari awal (dari mula dorg berblog). Bukan saja entry, termasuk komen2 entry tersebut. Sebab dalam komen2 tu pun banyak ilmu yang anda boleh dapat. Pastikan you all dah khatam baca blog dorg ni baru boleh angkat tangan tanya soalan. Kang tak pasal-pasal kena ketuk ketampi oleh tuan blog.
Terima kasih kepada tuan-tuan blog berikut Jutawan Hartanah, Abang Ensem's, mysuperkids, dan lain-lain yang ada kat side bar blog saya ni. Saya baru jer follow blog dorg awal tahun ini, huhuh...kenapa lah saya tak jumpa blog dorg ni awal-awal dulu. Sebenarnya banyak lagi blog hartanah yang you all boleh baca, kena rajin tanya mr google la.
Selain tu, kalau nak dapatkan maklumat yang lebih tepat dan segera, boleh lah attend mana-mana seminar hartanah. Saya teringin sangat nak join seminar hartanah..tapi kebanyakan seminar dibuat pada hujung minggu (saya kena cari bibik kalau nak tinggal hero and heroin dua orang tu). Macam hari ni property & co ada buat seminar di First Bussiness Inn, KL. Berminat sangat nak attend sebab topik yang di cover semua yang saya nak tahu. Speaker pun muda-muda lagi, macam sebaya dengan saya jer (eh, terperasan muda la pulak..heheh), bukan apa mudah sket nak berinteraksi, boleh buat kengkawan. Jealous tengok dorg ni muda-muda lagi dah banyak property yang menjana pasif income dorg.
Semoga saya dapat menjejaki mereka. InsyaAllah, Amin.