Wednesday 13 June 2012

My 'Life Coach'

Pernah dangar tak orang kata dalam hidup ni kita kena ada idola atau mentor atau life coach? Sebelum ni bila ada orang yang mengatakan sedemikian kepada saya, dalam hati saya berkata 'perlu ke?' 'what for?' kan..

Setelah usia ini mencecah 30an..lama kelamaan benda tu memang saya rasakan perlu. Kenapa? sebabnya pada usia sebegini..dengan tanggungjawab yang lebih besar..perjalanan hidup yang lebih mencabar..sememangnya saya akui, saya harus mempunyai life coach yang bole saya jadikan contoh, ambil pengalaman mereka supaya kita lebih kuat dan tabah mengharungi hidup dan yang penting sekali mereka dapat membakar semngat kita untuk terus maju dalam hidup.

Ini dia antara life coach saya, Iron Lady Malaysia.


Antara kata-kata beliau yang dikongsi dalam laman FB adalah :

KITA ADA 2 PILIHAN

Setiap pagi saya bangun dan bersyukur, kerana masih bernafas hari ini.

Walau apa pun terjadi. Kita ada 2 pilihan. Kita boleh memilih untuk mempunyai ‘Mood’ perasaan yang baik ataupun ‘Bad Mood’ rasa Tak Baik.

Saya selalu memilih untuk menikmati setiap hari dengan mood yang baik untuk emosi yang stabil.

Setiap hari dan ketika, sesuatu yang tak elok berlaku, dan kita boleh memilih untuk menerima dan mengiakan rungutan mereka ataupun menunjukkan mereka ke arah hidup yang lebih positif.

Saya selalu memilih ke arah hidup yang lebih positif.

Tetapi saya akui tidaklah semudah itu, kerana sebenarnya bukanlah apa yang berlaku pada diri kita yang penting, tetapi bagaimana kita memilih untuk menerima dan reaksi kita terhadapnya yang pasti akan memberi kesan pada perasaan, hari dan hidup anda.

Setelah hidup sekian lama, saya pelajari bahawanya, kita boleh samada menikmati hidup ini atau membosaninya! Merosakkan hari-hari anda. ‘Perasaan dan Mood’ andalah satu-satunya milik hakiki mu.

Tiada siapa yang boleh menguasai atau mengambilnya dari anda. Itulah ‘SIKAP’ anda. Jika anda boleh mengawal dan mengendalinya dengan baik; maka yang selainnya dalam hidup ini akan menjadi ‘Lebih Mudah’


>Bila kita membacanya, ianya terkesan dalam hati lantas mengingatkan saya supaya sedaya boleh harungi hidup ini setiap saat dengan positif, insyaAllah hasilnya juga positif.

 Sekian perkongsian saya kali ini. -__-